background

Monday, March 14, 2011

12 makanan yang digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam ISLAM

wah!!!! panjg bebenor tajuk kite arini..ok kc nk share sikit utk bakal2 pengantin cm kc n di luar sana...
kc pn terbaca gak psal ni dr artikel..sumber xdapat dikesan..haha..

Pernah Rasulullah s.a.w. berkata pada menantunya, Ali r.a.:
"wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefakiran dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada makan dan minum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu : susu, cuka, ketumbar dan epal masam."

Saidina Ali r.a. bertanya:
"wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini  di larang?"

Baginda menjawab:
"kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a. bertanya:
"wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab:
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya."

Oleh itu, Islam menggariskan beberapa jenis makanan yang sesuai diambil oleh pengantin untuk menjamin kesihatan yang berkekalan hingga tiba hari pernikahan. Berikut 12 makanan ynag digalakkan diambil oleh pangantin untuk memberi keselesaan diri anda dan pasangan.

1 ROTI


 
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiar sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang telah lama dan tidak elok akan menyebukan perut, Roti yang terdapat serkam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda " Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah sori itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu."

2  JINTAN MANIS

Jintan manis banyak khasiatnya iaitu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.



3 ASPARAGUS

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. 







4 PISANG

Pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.






5 BARLI
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

6 SELASIH
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan selasih yang dicampur air.

7  MENTEGA

Mentega khasiatnya memanaskan dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.



LOBAK MERAH
Kegunaannya memanaskan badan. ianya juga melancarkan aliran hais dan air kencing.









BIJI HITAM(HABB AL SAUDA)
Dilaporkan bahasa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati." Adalah dilaporkan juga bahawa Allah menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat leukoderma dan membuka saluran urat yang halus, selain berguna untuk menghilangkan penyakit selsema.

10  AYAM
Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

11 BUAH KURMA
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan."
Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma @ tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidan diingini.




12 TERUNG
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat diperbetulkan dengan makan bersama daging. 
   

 
 

sekian sahaja info utk semua..daaaa.. 

    

No comments:

Post a Comment